Basically aku ada la buat beberapa kajian bangang laa. Bukan apa, utk peringatan dan pembelajaran jangka masa panjang. Ada beberapa sebab yang popular.
1) laki atau bini keje jauh. Balik seminggu atau sebulan yang paling lama 6 bulan sekali baru balik rumah jumpa anak bini. Senang kata weekend atau monthly wife/husband - bahasa yang selalu digunakan. Kurang kasih sayang. Aku kan, kalau diorang ni ckp mcm ni dgn aku, aku tenung mata dia dalam2. Pastu aku bukak selipar aku kat kaki. Aku lempang laju2 muka dia. I mean, kawen atas dasar chenta. Tiap tahun keluar sorang. Bole lagi jawab kurang kasih sayang. Pleasee laa. Ingat la balik masa ko hangat bercinta dgn wife atau laki ko dulu. Masa akad nikah. Masa dpt anak. Precious kot semua tu.kenapa nak lupakan semua tu hanya sebab orang ketiga yang kita tak tau lagi hati perot dia? aku tau aku tak pernah hadapi semua ni. tapi dek kerana aku ni menjadi tempat rujukan (aku pon x tau kenapa) so banyak jugak aku dapat ilmu2 ni semua. EGO. ni yang sebenarnya ada dalam kepala hotak masing-masing. EGO memang boleh membunuh hubungan. jadi tolong laaa.. aku mengaku. aku memang ego. tapi itu dulu. aku dah dapat pengajaran aku sendiri, aku tak nak kawan2 aku yang lain jadik macam aku. penyesalan yang tak sudah.
2) Nak cari tempat luahkan perasaan-haha ni memang bahaya. pleaseeee.. baik perempuan atau lelaki yang dah kawen. jadikan pasangan ko tu segalanya untuk ko. kawan, chenta hati, soulmate etc. Tak payah nak cari kawan baru nak luahkan apa jua masalah ko! dah ada bini/laki - gunakan dengan sebaiknya. share everything. jangan rahsiakan apa pun. bila dah ada kawan laen untuk luahkan perasaan, otomatisnya, isteri/suami ko tak ada lagi hak ekslusif pada diri ko. orang laen dah dapat hak tu. what for? alasannya.... aku senang la nak kamceng dengan dia tu. dia paham aku. haakktui..! niat tidak sesekali akan menghalalkan cara! niat dah salah. cara apatah lagi. baik la ko ubat kesunyian dengan berzikir. kan bagus tuh? pahala dapat. jiwa tenang. paling busuk pon ko layan la game ke. apa guna ada android canggih? ko install la game pou ke. ko bela bagi gemuk. time makan ko bagi makan. dia berak ko cuci. nak tido ko tutup lampu. tak pon download je simisimi bodoh tu. ko chatting je dgn dia. buat apa nak carik masalah? kannnn? kalau rajin sket, download je cityville ke farmville ke.. aaa... hadap je. selamat!
3) pengaruh kawan - haaa.. ni lagi satu. kalau ko kawan dengan tukang besi, panasnya ko rasa. ko kawan dengan tokey minyak wangi, baunya ko pun dapat. kalau kawan dengan kasabuaya? sendiri mau hengatttt... lelaki/perempuan ni pantang kena jeekkk skett. cair. padahal kawan dengan jahanam, memang jahanam la jadiknya. kengkadang tu sajee je nak laga2kan. kirim2kan salam. padahal pompuan/lelaki tu dah berlaki/berbini. bile dah perasan laku. apa lagi. memang jadiklaa. aku nasihatkan pada si kengkawan ni.. jangan laa. kesian anak bini/anak laki orang tu. doakan kebahagian diorang kan baguss? pahala dapat. redha dapat. tenang jiwaa..
4) sikap-yang ni memang berat sket. tak boleh berubah walaupun dah kantoi banyak kali. yang ni pun aku pening gak tengok. tak kira la dah berapa kali laki/bini mengamok datang opis, siap tunggu kat parking nak bantai si penganggu rumah tangga kononnya, jadik lagiii.. dengan orang lain pulak. orang macam ni memang dah tak boleh buat apa. tu dah jadi makanan dia. tak boleh cukup setia dengan satu. dia bukan x sayang laki/bini dia. tapi memang dia akan gelisah kalau tak ada skandal. selalu orang macam ni, ongkosnya sentiasa ada, bergaji besor... so dia senang nak dapat skandal. kalo duit x berapa hade ni.. payah sket. kot ada rupe mungkin la. kot duit sengkek, rupe pun hadoo... memang tak laaaa.. huhuhu. tapi, sesungguhnya chenta itu buta kata koooo..
skandal ni jadik kat mana2. sekeliling kita. even dalam rumah pon. bahaya. memang bahaya. semua ni kita kene berbalik dengan agama. kalau hidup ni bertunjangkan nafsu. memang kelaut la semua. kalau iman kita kukuh, InsyaAllah.. segalanya baek. jodoh, ajal maut, semua ni Allah dah tentukan. siapa kita nak nafikan semua ni? kalau Allah dah tentukan, maka itulah dianya. manusia tu insan.. lupa. lupa janji. lupa diri. lupa semua. aku redha. apa juga yang Allah tentukan. aku doakan semua jugak redha. jaga diri kita. jaga hati kita. jaga agama kita.


No comments:
Post a Comment